Ahad, 10 April 2011

kenapa kebanyakan org lebih rapat dgn IBU berbanding AYAH ?

assalamualaikum :)


berkenaan dengan tajuk entry di atas, bersetuju tak? apa yang dapat aku lihat, kebanyakan orang mesti macam ni. tak kira dia lelaki ataupun perempuan. kebanyakannya lagi rapat dengan ibu mereka berbanding ayah. mungkin ada segelintir yang lebih rapat dengan ayah, tu pun mesti ada hal-hal yang tertentu seperti ibu mereka tu ada masalah kasih sayang ke apa kan. yang normalnya dalam kehidupan masyarakat kita ni memang kita akan lagi dekat dan rapat dengan ibu. betul tak?

cuba kita ingat balik, kalau kita ada masalah ke, kita mungkin akan lebih bercerita dengan ibu kita. kenapa? ayah pergi kerjalah! jarang ada masa di rumah. kerana lumrah kehidupan kekeluargaan tu macam tu. ibu menguruskan hal anak-anak dan keluarga. ayah pula membanting tulang mencari rezeki untuk keluarga. disebabkan itu, hubungan ayah dengan anank-anak tidak serapat hubungan ibu dengan ayah. 

dalam meniti usia remaja pun kita diuji dengan rapatnya hubungan kita dengan ayah ataupun ibu. contohnya la kan, kalau kita semua dah berkenan dan fell in love dengan seseorang, tak kisah la lelaki atau perempuan, mesti kita akan share mula-mula dengan ibu kita. kalau aku pun, macam tu la kot. haha :) sebab kita dapat rasa ibu ni faham naluri anak-anak dorang. kalau bagitahu ayah, kan tak pasal-pasal, "ahh, pandai sangat dia. sape laki tu? dah-dah tak payah lagi" huhu~ ni kemungkinannya jelah. sebab tak dinafikan juga ada ayah-ayah yang lebih sporting dan faham anak-anak mereka.

betul ke ibu ni faham apa yang kita rasa? yup, pada aku la kan, aku rasakan macam tu. mak aku pernah cakap kat aku yang seorang ibu ni sangat mengenali anak dorang. tak kisah kita cakap macam mana ibu tak paham kita pun, tapi jauh di sudut hati seorang ibu itu, dia kenal dan tahu hati kita. 9 bulan 9 hari dia kandungkan kita. menyusukan kita dan membesarkan kita. tak kan dia tak tahu tentang kita kan? even perkara yang berkaitan dengan hati! mungkin dia buat-buat tak faham. tapi pada pendapat aku, tu semua sebab ego dan risau seorang ibu. kita mengerti ke hati seorang ibu? aku rasa tak! sehinggalah bila kita sendiri bergelar seorang ibu.

ayah- seorang lelaki gagah yang sentiasa ada sewaktu kita kecil sehinggalah sekarang. lelaki yang sentiasa mnghulurkan bantuan dan menolong untuk kerja-kerja yang berat di rumah. tapi kadang-kadang kita tidak merasa rapat dengan dia? hmm, hati seorang ayah!mungkin waktu bersama dengan kita di rumah tu yang membataskan pergaulan antara anak dan ayah. kita boleh bercerita dengan dia, boleh bergelak ketawa dengan dia tapi untuk mula-mula bercerita masalah? amat payah kan untuk memulakan! aku pun merasainya. tapi sayang tetap sayang. dan sayang itu tak pernah berubah :) [Al-Fatihah]

masalah akan dirujuk kepada ibu,
ibu pula akan bertanya kepada ayah.
ayah tetap mengetahuinya tapi melalui perantara.
tidak rapat tak bermaksud tak sayang,
sayang tak semestinya kena rapat.
cukuplah menghargai mereka semasa ada.
doakan mereka jika tiada.


Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya: 
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.” 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.” 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.” 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” 

Baginda menjawab: “Ayah kamu.” 



Tiada ulasan: